Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua lagi suspek militan ditahan

POLIS Indonesia mengawal di luar sebuah gereja di Jakarta, semalam.
POLIS Indonesia mengawal di luar sebuah gereja di Jakarta, semalam.

Jakarta: Polis Indonesia berkata, mereka menahan dua lagi suspek militan, termasuk seorang etnik Uighur dari China yang didakwa bersiap sedia untuk menjadi pengebom berani mati.

Jurucakap polis Mejar Jeneral Anton Charliyan berkata, suspek ditahan di dua tempat berasingan di Bekasi, bandar di Jawa Barat yang bersempadan dengan timur Jakarta, kelmarin.

Penahanan Arif Hidayatullah atau Abu Mush’ab dan Alli, etnik Uighur yang menggunakan kad pengenal palsu itu dilakukan ketika pihak berkuasa Indonesia meningkatkan keselamatan selepas pegawai berkata, wujud ancaman serangan ketika sambutan Krismas dan cuti hujung tahun ini.

Kerajaan mengerahkan kira-kira 150,000 polis dan tentera untuk menjaga ketenteraman sepanjang cuti itu, termasuk mengawal gereja dan lapangan terbang tempat awam di seluruh negara itu. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan