Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua lagi pengikut Santoso mati

7:34pm 18/05/2016 Pak Roshan 2134 views Global
GAMBAR fail menunjukkan Santoso (tengah) diapit dua pengikutnya.

GAMBAR fail menunjukkan Santoso (tengah) diapit dua pengikutnya.

Poso: Dua anggota kumpulan militan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) yang diketuai lelaki paling dikehendaki kerajaan Indonesia terbunuh dalam tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di daerah Poso Pesisir Selatan, Sulawesi Tengah.

Jurucukap tentera, Hari Suprapto berkata, mayat kedua-duanya ditemui dua jam selepas pertempuran.

Dalam pada itu, Ketua Polis Sulawesi Tengah, Brigadier Jeneral Rudy Sufahriadi berkata, kedua-dua militan berkenaan dipercayai bernama Yazid alias Taufik yang berasal dari Pulau Jawa dan Firma alias Aco dari Morowali Utara.

Walaupun proses pengecaman masih dilakukan oleh tentera dan polis, Rudy bagaimanapun berkata, dia yakin kedua-duanya adalah antara 29 orang yang diburu dalam kes keganasan di Poso.

Kerajaan Indonesia melancarkan Operasi Tinombala pada 10 Januari lalu dalam usaha menangkap atau membunuh Santoso atau Abu Wardah, yang dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa keganasan di Sulawesi.

Santoso tahun lalu berikrar taat setia kepada kumpulan pengganas Daish.

Polis percaya, pengikut Santoso yang kini berjumlah kurang daripada 25 orang, berdepan dengan masalah untuk melarikan diri dari hutan di Poso selepas dikepung sejak beberapa bulan lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan