Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua Lagi Gempa Bumi Landa Tarakan, Indonesia

1:49pm 22/12/2015 Pak Roshan 147 views Isu Semasa,Mutakhir

gempa

KUALA LUMPUR : Dua lagi gempa bumi melanda Tarakan, Indonesia berselang 12 minit pagi tadi, masing-masing berukuran 3.4 dan 3.2 pada skala Richter.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata gempa bumi pertama berlaku di 25km timur laut Tarakan dan 105km barat daya Tawau, Sabah pada 10.55 pagi.

Gempa kedua pula dilaporkan berlaku di 60km barat daya Tawau pada pukul 11.07 pagi.

Kenyataan itu menyebut gegaran mungkin dirasai di Tawau namun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan