Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua kumpulan culik kru kapal Indonesia GAMBAR fail, kapal TB Charles.

11:54am 27/06/2016 Pak Roshan 223 views Global
GAMBAR fail, kapal TB Charles

GAMBAR fail, kapal TB Charles

Jakarta: Tentera laut Indonesia memberitahu tujuh kru kapal tunda negara itu diculik dua kumpulan bersenjata berbeza ketika belayar di perairan Filipina baru-baru ini.

Jurucakap tentera laut Indonesia, Edi Sucipto berkata, kapal tunda TB Charles yang dinaiki 13 kru dipintas sekumpulan lima lelaki berbahasa Melayu di perairan Jolo pada 20 Jun lalu.

Kumpulan itu mengambil peralatan komunikasi dan menculik kapten kapal serta dua jurutera sebelum membenarkan kapal itu meneruskan pelayaran.

Sejam selepas itu, kapal itu sekali lagi dipintas sekumpulan lelaki bersenjata berbahasa Inggeris yang menculik empat lagi kru sebelum membebaskan enam yang lain.

“Ketika kejadian kapal ini dalam pelayaran dari Cagayan De Oro, Filipina menuju ke Balikpapan, Kalimantan.

“Selepas menerima maklumat mengenai penculikan ini, tentera laut menghantar sebuah kapal untuk mengesan kedudukan TB Charles.

“Selepas kedudukan kapal ini dikesan tentera laut mengesahkan berlakunya penculikan,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, seorang mangsa menghubungi isterinya bagi memberitahu penculik meminta wang tebusan berjumlah RM20 juta.

Kejadian penculikan kru kapal Indonesia oleh kumpulan militan dipercayai Abu Sayyaf itu adalah yang ketiga pada tahun ini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan