Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua kebakaran dilapor di Tawau

4:30pm 01/12/2015 Ann Vivien 39 views Jenayah,Tempatan

fire2

TAWAU: Dua kebakaran dilaporkan berlaku di sini hari ini dalam tempoh masa setengah jam sahaja iaitu kebakaran suis utama penghawa dingin pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiga premis di Kg Kalabakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Razali Awang Ahmad berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bomba dikejarkan ke bangunan LHDN selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, api kebakaran di tingkat tiga bangunan itu sudahpun berjaya dipadamkan semasa ketibaan pasukannya kerana pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi. Operasi tamat jam 12.20 tengah hari.

Manakala dalam kebakaran di Kg Kalabakan, Razali memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah hari, lalu mengerahkan pasukan sama ke lokasi kejadian. Pasukan itu tiba pada jam 2.21 petang atas faktor jarak.

Kebakaran di kampung itu melibatkan tiga premis iaitu sebuah kedai runcit, bengkel kereta dan bengkel motosikal. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian berkenaan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan