Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua kawasan baru akan menghantar wakil pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri

3:45pm 27/04/2016 Leolerry Lajius 255 views Tempatan
Joanna (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

Joanna (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pertandingan Unduk Ngadau pada tahun ini bakal dimeriahkan lagi dengan penambahan penyertaan dua lagi wakil dari dua kawasan iaitu wakil dari Karambunai dan Libaran yang menjadikan jumlah wakil sebelum ini iaitu 42 orang kepada 44 orang.

Menurut Pengerusi Induk Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Joanna Kitingan, selain penambahan dua lagi wakil kawasan baru berkenaan, wakil dari Tanjung Aru juga akan digantikan kepada Kepayan.

“Bermula pada tahun ini Tanjung Aru tidak akan menghantar wakil lagi ke peringkat negeri kerana akan digantikan dengan wakil dari Kepayan.”

“Seperti yang telah di war warkan sebelum ini, antara syarat utama pada tahun ini adalah peserta wajib fasih berbahasa ibunda,”katanya ketika sidang media, di sini, baru-baru ini.

Menurut Joanna lagi, pertandingan Unduk Ngadau ini bukan sahaja sebagai salah satu platfrom untuk mengetengahkan tradisi masyarakat kadazandusun tetapi juga sebagai wadah mempromosikan pelancongan.

“Melalui pertandingan seumpama ini, para pereka juga dapat mengambil peluang untuk mengetengahkan rekaan mereka masing-masing.”

“Kita juga akan meneruskan kutipan derma bagi kanak-kanak yang memerlukan sempena Sodop Unduk Ngadau dan juga akan menyalurkan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Magandai Kota Marudu,”katanya.

Penyertaan lebih ramai wakil dari setiap kawasan juga akan dapat mengetengahkan pakaian tradisi di kawasan masing-masing.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Joanna Kitingan ketika sidang media berkenaan. Gambar Oleh Alex Mairin

Joanna Kitingan ketika sidang media berkenaan. Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan