Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua kali terkandas, satu keluarga dari China buat lawatan tergempar ke pangkalan TLDM

6:37pm 01/02/2016 Leolerry Lajius 292 views Tempatan
Chong Fung Yen (kiri) bersama keluarga angkatnya yang berasal dari China serta Khairul (Dua dari kanan).-Gambar Oleh Alex Mairin

Chong Fung Yen (kiri) bersama keluarga angkatnya yang berasal dari China serta Khairul (Dua dari kanan).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu telah menerima lawatan tergempar sepasang suami isteri bersama seorang anak mereka yang berumur tujuh tahun berikutan enjin perahu layar mereka rosak  ketika dalam pelayaran.

Menurut Panglima Wilayah Laut 2 Laksda Datuk Khairulanuar Bin Yahya, pelayar itu telah memasuki pangkalan TLDM kerana mengalami kerosakan pada enjin bot layar dan mengelak dari keadaan cuaca yang agak buruk.

“Mereka telah keluar dari pelabuhan Sutera Harbour pada 29 Januari lalu tetapi telah berpatah balik kerana enjin bot layar mereka mengalami kerosakan dan pihak TLDM juga telah membaiki kerosakan pada enjin tersebut dan turut diberikan penginapan serta sajian,”katanya ketika sidang media di pangkalan TLDM pagi tadi.

Sementara itu menurut keluarga angkat keluarga tersebut Chong Fung Yen, keluarga itu telah hampir setahun belayar dan pernah terkandas di Pulau Pangkor selama dua bulan kerana bot layar mereka dilanggar dan telah dibantu oleh adiknya yang membuka kedai runcit berdekatan dengan pelabuhan di pulau tersebut sebelum terkandas kali kedua di pelabuhan TLDM.

“Saya telah dipanggil oleh pihak TLDM untuk membantu keluarga angkat saya ini berikutan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan kemungkinan mereka akan berada di sini sehingga keadaan cuaca kembali pulih,”katanya ketika sidang media tersebut.

VISA keluarga tersebut juga telah dilanjutkan bagi mengelakkan kemasukan mereka ke negara ini menyalahi perundangan dan Konsulat Jeneral  China di sini juga telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Kapal layar yang warga China tersebut.Gambar Oleh Alex Mairin

Kapal layar  warga China tersebut.Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan