Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA JANIN KEMBAR DITEMUI DI LAUT KAMPUNG AIR SANDAKAN

janin
Gambar Hiasan

SANDAKAN, 12 Jan : Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara sstu sama lain.

Beliau berkata janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5 manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.

Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent. Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222.– BERNAMA

 

 

Komen


Berita Berkaitan