Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Honda Civic, 14 motorsikal disita

Antara motorsikal dan kenderaan yang disita dalam operasi polis.
Antara motorsikal dan kenderaan yang disita dalam operasi polis.

KOTA KINABALU – Polis menyita dua buah kenderaan jenis Honda Civic dan menahan dua orang lelaki tempatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, selepas didapati memandu secara melulu sehingga boleh mengancam keselamatan pengguna jalanraya lain, pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kedua-dua lelaki berumur 20 dan 26 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Mabuk yang dijalankan polis di sekitar jalan utama di bandaraya ini.

“Sebanyak 14 buah motorsikal turut disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa operasi itu dijalankan bermula jam 11.30 malam hingga 4.00 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 21 keping saman Pol257 dan 89 saman Pol170A dikeluarkan terhadap pemandu kerana melakukan pelbagai kesalahan lalulintas.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 orang turut menjalani pemeriksaan ujian alkohol dalam Op Mabuk yang mana dua lelaki ditahan selepas didapati positif dalam ujian itu.

“Dua yang ditahan itu kemudian diarah menjalani ujian pemeriksaan lanjut di Balai Polis Trafik sebelum didapati melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Seramai 12 anggota dan seorang pegawai Polis Trafik Kota Kinabalu terlibat dalam menjayakan operasi berkenaan. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan