Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua guru kembali ke penjara

9:57am 26/02/2016 Pak Roshan 18 views Global
FERDINAND (kiri) dan Bantleman ketika hadir ke Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada 2 Disember 2014.

FERDINAND (kiri) dan Bantleman ketika hadir ke Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada 2 Disember 2014.

Jakarta: Mahkamah Agung Indonesia kelmarin membatalkan keputusan sebuah Mahkamah Tinggi yang melepaskan dua guru sebuah sekolah antarabangsa termasuk warga Kanada dari hukuman penjara selepas didapati bersalah mencabul pelajarnya.

Mahkamah juga menambah hukuman penjara guru warga Kanada, Neil Bantleman dan penolong pengajar, Ferdinand Tjiong kepada 11 tahun.

Kakitangan Sekolah Antara Budaya Jakarta (JIS) itu dihukum penjara 10 tahun pada April tahun lalu selepas didapati bersalah mencabul beberapa pelajar pada 2013.

Namun, mereka dibebaskan beberapa bulan kemudian selepas Mahkamah Tinggi menerima rayuan mereka.

Jurucakap mahkamah, Suhadi berkata, pendakwa raya membuat rayuan di Mahkamah Agung yang kemudian mengekalkan sabitan bersalah dan menambah hukuman penjara kepada 11 tahun.

“Hakim Mahkamah Rayuan percaya Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya yang membebaskan kedua-dua tertuduh.

“Hakim juga mendapati bukti yang dikemukakan dalam kes itu mencukupi dan meyakinkan,” katanya.

Sementara itu, pejabat pendakwa raya memberitahu, Ferdinand menyerah diri dan kembali ke penjara semalam, tetapi pihak berkuasa masih mengesan Bantleman. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan