Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua ekor buaya untuk dilelong

Akan dilelong kepada orang ramai. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Hidupan Liar

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar akan melelong dua ekor buaya kepada orang ramai Isnin depan (6 Ogos).

Buaya-buaya tersebut telah ditangkap dengan perangkap oleh Jabatan Hidupan Liar selepas mendapat aduan awam di dua kawasan berasingan dalam tempoh tiga hari bulan lalu.

Buaya pertama, seekor betina berukuran 8kaki 11inci ditangkap di Kampung Anak, Kinarut pada 26 Julai manakala buaya kedua, seekor jantan berukuran 10kaki 9inci ditangkap berhampiran Kelly Bay Resort, Tuaran tiga hari kemudian.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Jabatan menyatakan kedua-dua ekor buaya itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat di Potuki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikurung.

Mereka yang berminat untuk membida boleh melihat buaya-buaya tersebut di Potuki, Lok Kawi dan seterusnya mengisi borang di pejabat Hidupan Liar di Blok B, Tingkat 5 Wisma Muis pada Isnin ini.

Borang boleh didapati secara percuma di Potuki atau Wisma Muis.

Pelelongan akan bermula pada jam 11.30 pagi dengan harga permulaan bagi buaya betina diletak pada RM650 dan RM1,000 bagi buaya jantan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan