Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua ekor beruang madu selamat dipindahkan ke Lok Kawi

8:03pm 19/01/2016 Leolerry Lajius 43 views Tempatan
Dr.Rosa bersama jabatan hidupan liar sedang memasukkan salah satu beruang madu ke dalam sangkar.

Dr.Rosa bersama jabatan hidupan liar sedang memasukkan salah satu beruang madu ke dalam sangkar.

LOK KAWI: Dua ekor beruang madu yang sebelum ini dipelihara di Taman Kolam Air Panas Tawau telah dibawa ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi (THLLK) untuk pemerhatian lanjut dibawah seliaan pegawai veterinar serta Pegawai Penguasa taman tersebut, Dr. Rosa Sipangkui.

Menurut Dr. Rosa operasi bermula pada 15 Januari lepas pada jam 5.18 petang yang mengambil masa 30minit, dari kandang hingga kedua-dua beruang itu dimuatkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda milik jabatan.

“Perjalanan dari Tawau ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi mengambil masa 8 jam dengan beberapa hentian bagi memastikan kedua beruang tersebut dalam keadaan baik. Kesan ubat pelali hilang sepenuhnya pada jam 9 malam dan kami tiba di THLLK pada jam 2 pagi.Secara keseluruhan, operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Tambahnya lagi, kedua-dua beruang itu merupakan beruang dewasa, seekor jantan dan seekor lagi betina. Salah satu dari beruang tersebut kelihatan dalam keadaan kurang sihat, manakala satu lagi sihat dan mungkin merupakan calon yang baik untuk program pemulihan sebelum boleh dilepasliarkan.

Di samping itu, menurut  Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah,  Augustine Tuuga, walaupun kesal dengan kelewatan untuk mengambil kedua beruang tersebut ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, namun pihaknya  gembira melihat kedua-dua beruang tersebut selamat dalam jagaan yang diselia sepenuh masa oleh pegawai veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah.

 “Saya menyeru orang awam untuk tampil memberi maklumat berhubung beruang madu atau sebarang hidupan liar yang disimpan sebagai haiwan peliharaan di negeri ini supaya pihak kami boleh melakukan siasatan lanjut,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan