Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua ditahan memiliki syabu

gambar hiasan
gambar hiasan

KINABATANGAN: Polis menahan dua lelaki dan merampas 5.65 gram dadah jenis syabu dalam serbuan ke atas sebuah pondok di Ladang Jeroco, dekat sini, petang semalam.

Lelaki berusia 26 dan 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata ketika pemeriksaan ke atas pondok itu yang disyaki digunakan untuk kegiatan penagihan dadah, pasukan berkenaan berjaya menahan kedua-dua suspek yang cuba melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas pondok itu menemui dua peket plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu. Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan