Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,767

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol

1:25pm 27/11/2016 Leolerry Lajius 18 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Dua orang pemandu ditahan dalam OP Samseng Jalanan dan Mabuk di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 keranan memandu di bawah pengaruh alkohol, awal pagi tadi.

Operasi yang dijalankan di Jalan Coastal, Jalan Lintas, Jalan Tuaran By Pass dan Jalan Kepayan melibatkan seorang Pegawai Kanan dan 14 anggota itu turut mengeluarkan 10 keping saman Pol 170A atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra berkata, sebanyak 10 buah motorsikal juga turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi berkenaan.

“Dalam operasi berkenaan seorang individu juga ditahan di bawah Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempunyai waran tangkap yang masih aktif dalam operasi yang melibatkan sebanyak 45 buah kenderaan dan 50 individu yang diperiksa,”katanya.

Beliau turut menyatakan usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan di bawah pengaruh alkohol.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara motor yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Antara motor yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan