Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua dipenjara hina raja

PATIWAT (kiri) dan Porntip dibawa keluar dari mahkamah selepas mereka dihukum penjara, semalam.
PATIWAT (kiri) dan Porntip dibawa keluar dari mahkamah selepas mereka dihukum penjara, semalam.

Bangkok: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun ke atas dua orang atas tuduhan menghina raja.

Pelajar Patiwat Saraiyaem, 23, dan aktivis, Ponrtip Mankong, 26, sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan itu selepas ditangkap Ogos lalu, setahun selepas mereka mengambil bahagian dalam pementasan satira berjudul ‘The Wolf Bride.’

Pasangan itu mulanya dipenjara lima tahun tetapi hukuman itu dikurangkan kepada separuh kerana mereka mengaku bersalah, kata hakim di Mahkamah Jenayah Ratchada di Bangkok.

“Mahkamah menganggap peranan mereka dalam pementasan itu mencemar raja dan tidak ada alasan untuk membebaskan mereka,” katanya di mahkamah yang penuh sesak dengan anggota keluarga tertuduh.

Kumpulan hak asasi berkata, pendakwaan berkait dengan undang-undang menghina raja meningkat mendadak sejak tentera mengambil alih pemerintahan.

Raja Bhumibol Adulyadej, 87, dianggap kebanyakan rakyat Thai sebagai ‘wakil tuhan’ dan mereka yang didapati bersalah menghina raja, permaisuri, waris atau raja muda berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun untuk setiap kesalahan. – AP

Komen


Berita Berkaitan