Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua didenda kerana memandu mabuk

dua didenda pandu mabuk

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan didenda RM2,000 atau penjara empat bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Ryan Saginann Rayner Jr menjatuhkan hukuman tersebut kepada Janrius Nicholas Micheal, 38 dan Blasius Anton, 27 setelah kedua-duanya mengaku bersalah ke atas tuduhan tersebut di bawah Seksyen 45 (A) (1) Akta Pengankutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara satu tahun.

Pegawai Pendakwa Ketua Inspektor Lim Swee Beng berkata mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu diantara 3 Mei dan 21 Julai tahun ini di Jalan Lintas-Kota Kinabalu.

Komen


Berita Berkaitan