Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua diberkas polis cuba curi kenderaan

curi kereta

KOTA KINABALU – Polis berjaya memberkas dua lelaki ketika mereka cuba membawa lari sebuah kereta jenis Proton Waja di Asia City, di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdu Rahman berkata, kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 41 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. “Dalam kejadian pukul 5 petang itu, polis mula mengesan tindakan mencurigakan kedua-dua lelaki tersebut ketika mereka memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah Luyang menuju  ke Asia City. “Anggota polis kemudian mengekori kereta suspek dan sebaik tiba di  Asia City, suspek telah keluar dari kereta dan cuba mengambil sebuah lagi kereta sebelum mereka ditahan. “Pemeriksaan polis ke atas kedua-dua kenderaan itu  mendapati ia merupakan kenderaan curi dan telah dilaporkan hilang,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam. Beliau berkata, susulan penahanan kedua-dua suspek, polis merampas sebuah lagi kereta jenis Proton Wira di  kawasan Luyang dan sebuah motosikal di Penampang. Katanya, kesemua kenderaan yang dirampas didapati menggu nakan cukai jalan palsu. Tambah beliau lagi, beberapa peralatan termasuk kunci, telefon  bimbit, salinan kad kenderaan, jam tangan, komputer riba,  empat keping cukai jalan turut dirampas. Katanya, selain mencuri kenderaan, suspek juga telibat dalam pemalsuan pelbagai dokumen berkaitan kereta seperti lesen memandu dan cukai jalan.

Komen


Berita Berkaitan