Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua Daerah Di Sabah Catat IPU Sederhana

2:10pm 14/03/2016 Pak Roshan 372 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar fail

gambar fail

KOTA KINABALU : Dua kawasan di Sabah hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga pukul 9 pagi ini berbanding hanya satu semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan yang terjejas ialah Kota Kinabalu dengan bacaan IPU 57 dan Keningau (54).

Menurut JAS, kawasan lain yang turut mengalami IPU sederhana adalah Miri, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Ipoh, Sungai Petani, George Town dan Langkawi manakala kawasan lain mencatat IPU yang baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan