Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA CEDERA PARAH DALAM PERTEMBUNGAN TIGA KENDERAAN MELIBATKAN 14 MANGSA DI JALAN PENAMPANG-TAMBUNAN

Beberapa penumpang kanak-kanak ditenangkan oleh orang awam selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Penampang – Tambunan berdekatan Kampung Babagon, Penampang. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang.

PENAMPANG: Empat belas orang cedera, dua daripada mereka cedera parah akibat pertembungan tiga buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kampung Babagon, Jalan Penampang-Tambunan hari ini.

Pegawai Bomba (PB) Penampang Ahmady Wahab berkata, kemalangan berkenaan melibatkan Toyota Lite Ace, Proton Saga FLX dan Proton Saga BLM.

Katanya, seorang lelaki dan dua perempuan dewasa serta tiga lelaki dan dua perempuan kanak-kanak berada dalam van Toyota Lite Ace, di dalam Proton Saga FLX pula adalah lima orang (satu lelaki dan empat perempuan dewasa) manakala seorang lelaki dari Proton BLM.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari van Toyota Lite Ace selepas kemalangan jalan raya di Jalan Penampang – Tambunan berdekatan Kampung Babagon, Penampang. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang.

“Dua orang mangsa tersepit di dalam van Toyota Lite Ace dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba,” katanya, sambil menambah mangsa mendapat rawatan awal daripada EMRS di lokasi.

“Seterusnya kesemua mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS dan ambulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keadaan salah sebuah kenderaan sedan yang bertembung dengan dua buah kenderaan lain dalam kemalangan jalan raya di Jalan Penampang – Tambunan berdekatan Kampung Babagon, Penampang. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang.

Dalam kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 petang.

Operasi tamat pada jam 2.10 petang. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan