Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA CEDERA KENDERAAN TERBABAS DI KAMPUNG ULU, PUTATAN

Myvi yang terbabas di Kampung Ulu, Putatan.Gambar SNT/Ehsan Bomba

PUTATAN: Dua cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di Jalan Kampung Ulu, Putatan di sini.

Jurucakap bomba berkata, dua mangsa yang cedera dikenali sebagai Azwin Harun dan Asroni Harun diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital berdekatan manakala tiga lagi rakan mereka tidak mengalami kecederaan.

Salah seorang mangsa dibawa ke hospital.Gambar SNT/Ehsan Bomba

Menurutnya, kenderaan mangsa dilaporkan terbabas di tepi jalan sehingga mengakibatkan berlaku kemalangan itu.

“Pusat gerakan operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.14 pagi dan anggota daripada Balai Bomba Penampang bertindak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan