Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua cedera, Honda dan Toyota bertembung

9:32pm 09/03/2016 Leolerry Lajius 1077 views Tempatan
Kedaan kereta mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kedaan kereta mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

KOTA KINABALU: Dua cedera dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Civic yang terbabas sendiri lalu merempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Prius yang berlaku di SMK Kian Kok, di sini, semalam.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.22 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 17 kilometer itu pada jam 9.31 malam.

Terdapat dua orang mangsa yang terbabit dalam kejadian itu iaitu seorang mangsa dari kenderaan Toyota yang telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital manakala seorang mangsa yang berada di kenderaan Honda dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan dihantar ke hospital oleh pihak Ambulan.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Ismail Chala itu tamat pada jam 9.46 malam.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan