Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA CEDERA APABILA LORI DENGAN MUATAN TIGA EKOR LEMBU TERBABAS

Mangsa kemalangan di Bukit Layang-Layang sedang diberi bantuan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

TENOM: Seorang pemandu dan penumpangnya cedera apabila lori tiga tan yang sarat dengan muatan tiga ekor lembu terlibat dalam kemalangan di Bukit Layang-Layang jalan Tenom-Sipitang, di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Awang Adani Damit berkata, kedua-dua mangsa telah mendapat rawatan dari Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Lori yang membawa tiga ekor lembu terbabas. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Sementara itu, Awang Adani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.48 pagi.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, seramai lima orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tenom bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 11.19 pagi.

“Siasatan awal mendapati, lori yang membawa tiga ekor lembu berkenaan terbabas sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasib lembu-lembu tersebut tidak diketahui selepas itu. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan