Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua cawangan PBS bakal dilancarkan di Semenanjung Malaysia

3:19pm 15/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 529 views Berita Pilihan,Nasional,Politik,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
PAIRIN ketika berucap sempena Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-31, dekat sini, hari ini.

PAIRIN ketika berucap sempena Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-31, dekat sini, hari ini.

PENAMPANG- Dua cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) bakal dilancarkan di Semenanjung Malaysia pada bulan Januari tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata Majlis Tertinggi telah meluluskan cadangan agar PBS dapat mengembangkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

“ Ahli-ahli terdiri daripada rakyat sabah yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur, dan juga rakyat yang berbilang kaum di Semenanjung Malaysia yang percaya kepada perjuangan PBS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-31, dekat sini, hari ini.

Selain itu, Pairin turut menyeru kepada semua bahagian dan cawangan PBS agar berusaha lebih gigih untuk menarik penyertaan generasi muda, atau kini dikenali sebagai Gen Y ke dalam Parti tersebut.

“ Mereka adalah pelapis dan penerus perjuangan parti kita. kita tidak boleh prejudis dengan kehadiran golongan muda. dunia sedang berubah dan perkara baru berkal dengan pantas.

“ Kita tidak boleh prejudis dengan kehadiran golongan muda. dunia sedang berubah dan perkara baru berkal dengan pantas. kita tidak akan hidup selama-lamanya, tetapi saya berharap PBS akan kekal dan mampu bertahan menangani rintangan yang semakin mencabar.

“ Untuk merealisasikan impian ini, kita memerlukan nafas baru dari golongan Gen Y agar kita dapat meneruskan perjuangan parti selari dengan keadaan semasa. generasi muda adalah harapan kita. mereka adalah pemimpin masa depan,” tegasnya.

Dalam masa sama, Pairin menggesa pemimpin pusat Barisan Nasional (BN) agar mengagihkan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu itu secara adil berdasarkan kemampuan untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

” BN sememangnya mampu memerintah dan kekal relevan di sabah. tetapi perlu ada toleransi dan hormat-menghormati dalam semangat perkongsian kuasa yang sama rata.

” Selain itu, kita juga ingin meletakkan calon yang berpotensi untuk menang di kawasan baru diwujudkan. kebanyakan kerusi dewan undangan negeri baru ini diwujudkan daripada kawasan yang diwakili oleh PBS, seperti Mengaris dari Dun Tandek dan Dun Matunggong, dan Telupid dari Dun Labuk.

” Berlandaskan latar belakang pbs sebagai parti pelbagai kaum, kita percaya kita mempunyai penyokong yang sedia ada di kawasan dewan undangan negeri baru ini dan PBS akan menawarkan calon pasti menang untuk BN di kawasan tersebut,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan