Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua buah rumah terbakar di Kampung Sri Pandan

6:42pm 04/03/2016 Leolerry Lajius 77 views Tempatan
Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian tersebut.

Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian tersebut.

PUTATAN: Dua buah rumah nyaris musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Sri Pandan, Pasir Putih, di sini, pagi tadi.

Pihak bomba telah mendapat panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.50 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12.7 kilometer itu pada jam 9.01 pagi.

Kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal iaitu sebuah rumah satu tingkat berkeluasan 40 kaki lebar dan 30 kaki panjang terbakar 80% dan sebuah lagi rumah dua tingkat yang berkeluasan 40 kaki lebar dan 30 kaki panjang terbakar 50% di bahagian atas.

Jarak antara rumah di kawasan berdekatan adalah rapat iaitu dua meter dari paras bumbung.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Mohammad Akramin Bin Sakiru bersama 14 anggota yang lain menggunakan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran enam pancutan tamat pada jam 9.49 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan