Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA BUAH RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG DELIMA, PULAU PENAMPANG

 

Kebakaran di Kampung Delima tadi.Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Dua buah rumah di Kampung Delima, Pulau Penampang dekat Jalan Sulaman musnah dalam kebakaran 6.30 petang tadi.

Menurut jurucakap bomba, operasi memadam kebakaran itu melibatkan seramai 31 anggota dengan kekuatan empat buah jentera, sebuah water tanker dan tiga buah RIM, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 15 kilometer.

Api sedang marak. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.16 petang melalui talian MERS999. Operasi berjaya dikawal pada 6.44 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan akibat kebakaran tersebut. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan