Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran berasingan

IMG-20150105-WA0053
Kelihatan anggota bomba yang mengawal kebakaran itu. – foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

 

KENINGAU – Nasib malang menimpa sebuah keluarga di Biah Ring dekat sini, apabila rumah didiami musnah dijilat dalam satu kebakaran pada pukul 6.58 pagi tadi, sekaligus menyebabkan mereka kini tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Jabatan Balai Bomba Keningau, Janil jaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam lalu bergegas ke tempat kejadian yang terletak kita-kira lima kilometer dari Pekan Keningau.

“Kebakaran yang berlaku itu berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 7.38 pagi dengan dua buah jentera bomba bersama empat anggota bomba. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian berasingan, di Pensiangan, sebuah rumah milik Ketua Kampung, Jamain Omopor, turut musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Walau bagaimanapun katanya, keluarga yang terbabit tinggal sehelai sepinggang kerana selain rumah yang musnah, harta benda termasuk barang-barang berharga turut musnah. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan