Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua buah rumah musnah dalam kebakaran

LAHAD DATU: Dua buah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Teck Guan, Batu 1, pagi tadi.

Kejadian berkenaan yang menyebabkan sebuah rumah berukuran 20 kaki lebar dan 20 kaki panjang musnah serta sebuah rumah berukuran 50 kaki panjang dan 20 kaki lebar terbakar 95 peratus turut melibatkan sebuah jengkaut yang terbakar 20 peratus.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.03 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh lima kilometer itu pada jam 11.11 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Apandi Bin Mahmood bersama 10 anggota yang lain tamat pada jam 1.17 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan