Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kalabakan

TAWAU: Dua buah rumah musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Kalabakan Felda Umas, kelmarin.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.37 petang dan sampai di lokasi kejadian sejauh 60 kilometer itu pada jam 2.32 petang.

Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan dari jentera yang diketuai oleh PBK II Roslie Suyut itu tamat pada jam 3.30 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian yang melibatkan rumah dengan keluasan 30 kaki lebar dan 40 kaki panjang serta sebuah lagi rumah dengan keluasan 30 kaki lebar dan 50 kaki panjang itu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan