Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua Buah Jejambat Bakal Dibina di Aeropod KK

6:37pm 27/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 73 views Tempatan
Pairin merasmikan majlis pecah tanah pembinaan dua jejambat di Aeropod

Pairin merasmikan majlis pecah tanah pembinaan dua jejambat di Aeropod

KOTA KINABALU- Syarikat pemaju hartanah, SP Setia Berhad telah melancarkan satu majlis pecah tanah bagi pembinaan dua buah jejambat yang menjadi laluan keluar masuk ke Aeropod iaitu salah satu projek pembinaan semula stesen kereta api Tg Aru.

Dua buah jejambat yang masing-masing mempunyai kepanjangan 841 meter dan 318 meter dijangka siap pada awal tahun 2018.

Majlis pecah tanah tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Bandar, Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.

Menurut Pairin, perlaksanaan dua buah jejambat itu dapat memastikan pengurusan sistem trafik yang cekap dan tersusun sebagai sebahagian daripada persediaan bagi menampung projek bersaiz mega seperti Aeropod tersebut.

“Projek tersebut akan memberi banyak kebaikan kepada masyarakat setempat kerana pembinaan jejambat ini secara tidak lansung menjadi perhubungan ke kawasan luar bandar melalui Jalan Kepayan dimana ia dapat menjimatkan lebih banyak masa, lebih cekap dan selamat”, katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah dua jejambat, disini, hari ini (jumaat).

Disamping itu, menurut Pengerusi S P Setia Berhad, Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi, terdapat dua buah jejambat bakal dibina bagi menjamin tahap kecekapan sistem pengangkutan yang jauh lebih baik.

Menurut Zaki lagi, sebanyak RM 72.5 juta telah dilaburkan oleh Syarikat SP Setia Berhad bagi keempat-empat buah jejambat tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Ghulam Khan Haidar Bahadar, dan Datuk Bobbey Suan, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Dato’ Khor Chap Jen serta Pemangku Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SP Setia Berhad, Datuk Wong Tuck Wai.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Pairin (kiri) disertai oleh Zaki (tengah) dan Khor Chap Jen (kanan) merasmikan majlis pecah tanah di Aeropod

Pairin (kiri) disertai oleh Zaki (tengah) dan Khor Chap Jen (kanan) merasmikan majlis pecah tanah di Aeropod

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan