Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua beranak maut dirempuh kereta

10:18am 27/05/2016 Pak Roshan 11385 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KEADAAN mangsa yang dirempuh kereta dalam kemalangan di depan Politeknik Kota Kinabalu.

KEADAAN mangsa yang dirempuh kereta dalam kemalangan di depan Politeknik Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu: Seorang anggota polis dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang dinaiki dua beranak itu dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di depan bangunan Politeknik Jalan Sepanggar, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Sarjan Mejar (SM) Ahmad Ali Towpa, 40, yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut dan anak perempuannya berusia belasan tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang merempuh motosikal mangsa dipercayai melarikan diri meninggalkan keretanya di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – myMetro Online

KERETA Perodua Myvi disyaki melanggar motosikal dinaiki dua beranak itu ditinggalkan di tepi jalan.

KERETA Perodua Myvi disyaki melanggar motosikal dinaiki dua beranak itu ditinggalkan di tepi jalan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan