Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua beranak maut dalam nahas di Kinabatangan

 

Kenderaan Toyota Prado dan lori tangki minyak yang terbabit dalam kemalangan itu.
Kenderaan Toyota Prado dan lori tangki minyak yang terbabit dalam kemalangan itu.

KINABATANGAN – Dua warga tempatan terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dalam nahas jalanraya di Kampung Perpaduan, KM103 Jalan Sandakan-Lahad Datu di sini petang tadi.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa seorang lelaki dan remaja perempuan yang tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Prado.

Namun, mangsa yang dikenali sebagai Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A.Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki dua beranak itu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Sebuah lori tangki minyak yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh Toyota Prado terbabit menyebabkan kedua-dua mangsa terbunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu lori terbabit hanya mengalami cedera ringan kemudian dihantar ke Hospital Kinabangan untuk menerima rawatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah beliau. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Prado.
Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Prado.

Komen


Berita Berkaitan