Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua beradik tinggal dalam sangkar bersama anjing

GAMBAR menunjukkan dua beradik tinggal dalam sangkar bersama anjing.
GAMBAR menunjukkan dua beradik tinggal dalam sangkar bersama anjing.

Nanjing (China): Dua beradik yang dijaga datuk mereka mengejutkan penduduk di sini apabila ditemui tinggal di dalam sangkar bersama anjing.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan adik perempuannya yang berusia empat tahun itu tinggal bersama datuk mereka yang mempunyai masalah mental sejak ibu bapa mereka bercerai.

Penderitaan dua beradik itu terbongkar apabila penduduk berhampiran menemui mereka tinggal di dalam sangkar tempat datuk mereka membela dan menjual anjing untuk menyara kehidupan.

Kehidupan dua beradik itu mengejutkan penduduk kampung yang beberapa kali memujuk datuk mereka untuk menghantar kanak-kanak berkenaan ke rumah perlindungan.

Seorang jiran, Jun Teng berkata, dua beradik itu tinggal dalam sangkar yang busuk dan dipenuhi dengan najis anjing.-myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan