Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua beradik selamat selepas terperangkap banjir

ANGGOTA bomba menyelamatkan dua beradik yang terperangkap di tengah Sungai Pampang ketika cuba menyeberangi sungai di Kampung Pampang, Keningau. – Foto Bomba Sabah

 

KENINGAU: Dua kanak-kanak perempuan diselamatkan selepas terperangkap di tengah sungai ketika cuba menyeberangi Sungai Pampang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 pagi itu, dua beradik terbabit, Siti Nor Adha, 5, dan Siti Nor Sita, 10, sebelum itu dikatakan berada di rumah sepupu dan mahu pulang ke rumah mereka yang terletak di seberang anak sungai.

Bagaimanapun, ketika berada di tengah sungai, air tiba-tiba naik mendadak menyebabkan dua kanak-kanak terbabit terperangkap dan menunggu bantuan di kawasan bertanah yang juga pembahagi laluan sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Mudi Pengiran, berkata ibu bapa kanak-kanak terbabit yang melihat kejadian itu kemudian menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Katanya, bomba yang menerima panggilan pada jam 6.35 pagi menghantar 11 anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian yang terletak di Kampung Pampang.

“Kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan menggunakan tali sebelum diberikan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. – BH ONLINE

ANGGOTA bomba menyelamatkan dua beradik yang terperangkap di tengah Sungai Pampang ketika cuba menyeberangi sungai di Kampung Pampang, Keningau. – Foto Bomba Sabah

Komen


Berita Berkaitan