Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua beradik rentung dalam kebakaran

9:43am 27/08/2016 Leolerry Lajius 2862 views Keningau,Mutakhir,Tempatan

 

Rumah yang terbabit dalamkejadian berkenaan.

Rumah yang terbabit dalamkejadian berkenaan.

KENINGAU: Dua beradik rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Batu 27 Jalan Keningau-Tenom, dalam kejadian awal pagi tadi.

Mangsa Vanessa Sim @ Suk Ling, 15, dan Jaslina Sim Suk Fah, 12, rentung dalam kejadian yang melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 50 kaki lebar dan 30 kaki panjang yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan dari seorang pemanggil pada jam 1.13 pagi dan menyatakan terdapat dua orang (mangsa) terperangkap dalam rumah berkenaan.

Bertindak atas makluman pihak bomba telah ke lokasi kejadian sejauh 7 kilometer itu dan seterusnya komander operasi melaporkan rumah berkenaan telah musnah dan terdapat dua orang mangsa (perempuan) rentung.

Mayat mangsa seterusnya telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

bomba

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan