Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua beradik maut dalam kemalangan

Keadaan kemalangan.
Keadaan kemalangan.

KENINGAU: Kemeriahan sambutan Krismas bertukar menjadi muram apabila dua adik beradik maut dalam kemalangan di kilometer 56 jalan Keningau – Nabawan semasa balik dari sebuah gereja di Kg. Bahagia A, Nabawan kira-kira jam 1.00 pagi pada 27 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa pertama Mark Daniel Marius 18 (adik) pejalan kaki beralamat Kg.Bansuit Bahagia A Nabawan  maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan yang tidak dikenali pasti nombor pendaftaran dan jenis kenderaan.

Manakala abangnya Joey Rayner Marius 22, yang turut mengalami kecederaan parah di kepala yang terjatuh bersama motosikalnya akibat terlanggar mayat adiknya yang melintang di jalan raya meninggal dunia di hospital Keningau pada malam hari kejadian.

Menurut Douglas, siasatan awal mendapati, mangsa langgar lari yang merupakan adik  jalan lebih awal kerana ia berjalan kaki kemudian abangnya menyusul dengan menunggang motosikal, semasa dalam perjalanan tiba-tiba pejalan kaki (adik) dilanggar sebuah kenderaan yang dipercayai dari arah belakang mangsa.

Manakala katanya, abangnya yang menunggang motosikal terlanggar mayat adiknya menyebabkan ia terjatuh bersama motosikal dan mengalami kecederaan di kepala. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan