Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Beradik Lemas Ketika Berkelah Bersama Keluarga

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Keseronokan perkelahan sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila dua anggota keluarga itu lemas ketika sedang mandi di sungai Kampung Ovai, berhampiran Kem Latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Papar, dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyalamat Papar Dunstan Peter berkata mangsa pertama Sheck Ismail Mohd Dali, 13, ditemukan orang awam sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 6.27 petang semalam.

Beliau berkata mangsa kedua iaitu abang mangsa, Fazly Ashraf Mohd Dali, 15, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 5 meter dari lokasi kejadian, pada 10.25 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati Fazly dikatakan cuba menyelamatkan adiknya yang lemas ketika sedang mandi di sungai berkenaan, tetapi beliau juga turut lemas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dunstan berkata semasa kejadian itu bapa mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya, namun tidak mampu kerana beliau menghidap penyakit asma.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu 6.03 petang semalam, sebelum mengerakkan lapan anggota ke lokasi kejadian.

Semalam, operasi mencari mangsa kedua ditangguhkan 7.45 malam dan disambung semula pada 6.35 pagi ini, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan