Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA BERADIK “GENG EMAS” TUMPAS – TERLIBAT 23 SIRI KES PECAH RUMAH

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Harris Ibrahim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan peralatan yang digunakan Geng Emas pada sidang media di IPD Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Polis berjaya menahan dua beradik yang terlibat dalam 23 siri kes pecah rumah sekitar Penampang dan Putatan sejak penghujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Harris Ibrahim berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 35 tahun ditahan dalam dua siri serbuan berasingan selama dua hari.

“Suspek pertama ditahan semasa berkeliaran di Kampung Pogunon kira-kira jam 8 pagi selepas anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Penampang melakukan risikan serta mendapat maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Harris Ibrahim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan kemas yang dirampas polis setelah tertumpasnya Geng Emas pada sidang media di IPD Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Rentetan tangkapan pertama berjaya menahan penjenayah kedua yang juga abang suspek berumur 35 tahun di Buhavan Square jam 11 pagi selang sehari selepas penahanan adiknya,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, hari ini.

Harris berkata hasil siasatan lanjut melalui tempoh tahanan reman terhadap suspek mendapati kumpulan dikenali Geng Emas ini menjalankan kegiatan pecah rumah dengan menyasarkan rumah kosong di beberapa perkampungan di sini sehingga Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Harris Ibrahim (tengah) pada sidang media kejayaan polis menumpaskan Geng Emas di IPD Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kedua beradik ini aktif sejak Oktober tahun lalu dan memecah masuk rumah penduduk kampung semasa penghuni meninggalkan rumah sepanjang waktu bekerja.

“Mereka melarikan barangan kemas termasuk gelang, cincin serta rantai serta barangan elektrik di dalam rumah yang dipecah masuk dan dan modus operandi mereka juga turut menggunakan alat komunikasi jarak jauh (walkie talkie) semasa menjalankan kegiatan pecah rumah ini bagi memastikan kegiatan terbabit berjalan lancar,” katanya.

Tambahnya, barangan yang diperolehi kemudiannya akan dijual di kawasan Putatan, Penampang serta Kota Kinabalu secara rambang dan kedai pajak gadai.

Menurutnya sepanjang tempoh siasatan dijalankan pihaknya berjaya merampas sejumlah barangan berharga membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM347,000 termasuk keseluruhan barangan kemas bernilai RM35,000.

“Polis juga merampas beberapa barangan pecah rumah termasuk alat perhubungan jarak jauh, kuku kambing, mesin pemotong besi serta beberapa barangan untuk menjalankan kegiatan jenayah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kes pecah rumah.

Beliau berkata dengan tertangkapnya dua suspek ini, pihaknya berjaya menyelesaikan 23 kes pecah rumah sepajang tempoh penghujung 2017 sehingga kini. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan