Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Beradik Ditetak

ditetak

PORT DICKSON : Dua beradik yang juga pekerja sebuah kilang di Seremban, dekat sini putus telinga kiri dan parah di belakang badan seleps diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka di sebuah taman di Meranti, Bandar Springhill, di sini, malam tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, S Kalairasan, 27, putus telinga kiri selepas diserang menggunakan botol arak manakala adiknya, S Pavitran, 19, parah di badan selepas ditetak menggunakan parang.

Katanya, sebelum kejadian kedua dua mangsa sedang menonton televisyen bersama keluarga sebelum Pavitran keluar di halaman rumah untuk mengambil angin.

“Ketika itu dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Waja berhenti di rumah mangsa sebelum seorang suspek dianggarkan berusia 20-an keluar daripada kenderaan dan bertanyakan Pavitran mengenai abangnya.

“Menyedari kehadiran sebuah kereta, Kalairasan keluar rumah sebelum suspek berkenaan yang ketika itu memegang botol arak memecahkan botol terbabit dan menyerang mangsa menyebabkan putus telinga kiri.

 

“Terpinga-pinga melihat abangnya diserang Pavitran bertanyakan sebab abangnya dicederakan sebelum dia pula ditetak selepas suspek mengambil parang di dalam kereta dinaikinya,” katanya.

Kata sumber, dalam keadaan cedera parah, dua beradik terbabit berlari memasuki rumah dan mengunci pintu jeriji dan suspek terus melarikan diri.

“Dua mangsa terbabit kini dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian mungkin disebabkan dendam dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan