Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua anugerah pengiktirafan untuk AirAsia

8:45pm 23/11/2015 Ann Vivien 51 views Berita Pilihan,Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi Manjun, Minister of Tourism Culture and Environment of Sabah presented the award to Aireen Omar, CEO of AirAsia Berhad at Sabah Tourism Awards 2015

Masidi Manjun menyerah anugerah kepada Aireen Omar, CEO  AirAsia Berhad pada acara itu

KOTA KINABALU: AirAsia diiktiraf dengan Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik serta Anugerah Khas Menteri di Majlis berprestij  Anugerah Pelancongan Sabah 2015 yang telah dianjurkan Sabtu lepas.

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan Budaya dan Alam Sekitar Sabah menyerahkan anugerah tersebut kepada Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad semasa majlis tersebut.

Kategori ‘Syarikat Penerbangan Terbaik’ mengiktiraf syarikat penerbangan yang menyumbang terhadap industri pelancongan Sabah dari segi jaringan perhubungan dan membawa jumlah pelancong tertinggi ke Sabah sepanjang jumlah dua tahun lepas.

‘Anugerah Khas Menteri’ diberikan kepada AirAsia atas langkah berani syarikat penerbangan tersebut meningkatkan jaringan perhubungan ke Sabah dengan penerbangan antarabangsa dan domestik dengan 23 destinasi setakat ini, memaksimakan kedudukan geografi Sabah yang membolehkan para pelancong meneroka tempat-tempat menarik bertaraf dunia di Sabah, selain mencari peluang perniagaan di Sabah.

“Terima kasih Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan pegawai-pegawai di Badan Pelancongan Sabah kerana mengiktiraf kerja keras dan sumbangan kami terhadap negeri Sabah dengan 2 anugerah berprestij ini. Kami telah melabur atas pembangunan Sabah yang menjadi hab utama AirAsia dan kami berbesar hati usaha kami diiktiraf dengan jumlah yang semakin meningkat,” kata  Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

“Kami mempunyai rancangan yang besar buat Sabah dan kami ingin melihat jumlah penumpang ke Sabah meningkat dari 3 juta setahun ke sekurang-kurannya 12 juta setahun. Kami yakin jumlah ini boleh di kecapi dan tidak mustahil untuk kami capai, dengan terminal syarikat penerbangan tambang rendah di Kota Kinabalu. Sabah mempunyai potensi besar  untuk menjadi hab utama  di rantau ini dan kami ingin menjadikan ini satu realiti,” beliau berkata

AirAsia telah membawa lebih 8.4 juta penumpang ke Kota Kinabalu dan buat masa ini mempunyai 698 penerbangan mingguan ke dan dari Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan di Sabah.

Syarikat penerbangan ini juga telah menyaksikan jumlah penumpang yang meningkat dari rantau Asia dan Australia yang ke Kota Kinabalu dengan perkhidmatan AirAsia Fly-Thru. Bangkok, Beijing, Shanghai dan Perth adalah antara bandar utama dengan jumlah pelancong yang berhubung ke Sabah sepanjang tahun lepas, dan AirAsia buat masa ini mempunyai 24 laluan  Fly-Thru ke Kota Kinabalu, memberikan akses mudah bagi para pelancong di rantau ini ke negeri Sabah.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan