Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua ahli UMNO Penampang bakal dikenakan tindakan disiplin

7:09pm 31/07/2016 Leolerry Lajius 5859 views Tempatan
 Datuk John Ambrose ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.

Datuk John Ambrose ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Dua ahli Umno Bahagian Penampang bakal diambil tindakan oleh lembaga disiplin parti memandangkan mereka mengkritik kepimpinan kerajaan secara terbuka di laman media sosial dan khalayak ramai.

Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose berkata, pihaknya akan menulis satu surat untuk diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri agar perkara itu dapat diserahkan kepada pihak lembaga disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya pemimpin Umno lain boleh dikenakan tindakan disiplin, dua individu ini sudah pasti boleh dikenakan tindakan.”

“Saya juga mempunyai bukti kukuh mengenai tindakan dua individu ini yang secara terang-terangan mengkritik kepimpinan kerajaan,” katanya ketika ditemui media sempena majlis Rumah Terbuka Raya – Hari Keluarga Wanita Umno Penampang di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, kesemua 70 cawangan UMNO Penampang juga bersetuju agar tindakan disiplin dikenakan terhadap dua individu berkenaan.

Sementara itu, , Ketua Pergerakan Wanita Umno Penampang Noraini Idris menyeru agar orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan individu yang mempunyi niat untuk menubuhkan parti baru.

“Mereka ini terdiri daripada golongan serpihan yang merasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu daripada Barisan Nasional.”

“Sebelum ini mereka memegang jawatan penting di Kabinet dan mempunyai peluang untuk memperjuangkan hak rakyat khususnya rakyat Sabah tetapi kenapa hanya kini baru suarakan perkara itu,”katanya.-/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan