Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DUA ACARA HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SABAH TIDAK BENAR:PETER ANTHONY

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony pada sidang media selepas Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menafikan terdapat dua acara Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri yang diadakan hari ini selain daripada anjuran pihak kerajaan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony berkata, perkara itu tidak benar kerana kemuncak sambutan Hari Kebangsaan di Sabah adalah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Tidak betul Hari Kebangsaan disambut dua pihak. Sebenarnya, semua daerah pun mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah masing-masing, mungkin ada yang mengadakan program itu pada hari ini, termasuk di Penampang.

“Apa yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak di media sosial mengenai sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Penampang tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu di sini hari ini.

Anthony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri berkata, perasmian bagi acara itu diadakan di Penampang pada 6 Ogos lalu dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada peserta konvoi oleh Mohd Shafie.

Katanya, bermula hari ini sehingga 14 September semua daerah di negeri ini akan merayakan acara itu secara serentak.

Beliau menambah, penyerahan jalur gemilang seterusnya akan diserahkan pada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 16 september ini di Kota Kinabalu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan