Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

DSP Ditahan Reman Disyaki Terima Rasuah Berjumlah RM5,000

7:21pm 20/06/2016 Pak Roshan 2293 views Jenayah,Mutakhir

sprm-600x366

KOTA KINABALU : Seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP), ditahan reman lima hari bermula hari ini, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM5,000.

Pegawai polis berumur 43 tahun berkenaan ditahan di pakir Lot Market 88 Kepayan, dekat sini ,kira-kira 10 pagi semalam.

Pegawai polis berkenaan disyaki menerima wang itu daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menutup kes pengadu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan pegawai polis berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan