Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dron boleh bawa penumpang

9:32am 08/01/2016 Pak Roshan 345 views Global
DRON berkenaan yang dipamerkan di Las Vegas.

DRON berkenaan yang dipamerkan di Las Vegas.

Beijing: Seorang pembuat dron China membuat ‘quadcopter’ bersaiz gergasi yang mampu membawa seorang penumpang.

EHang mendakwa membina ‘Pengangkutan Udara Berautonomi’ pertama dunia yang mampu membawa manusia.

Alat yang dipamerkan di CES, Las Vegas digelar 184 itu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan mempunyai empat cabang dengan lapan bilah kipas di hujungnya.

Pengasas bersama EHang, George Yan berkata: “Tahukah bagaimana rasanya duduk di dalam Ferrari? Ini 10 kali ganda lebih baik.”

Menurut syarikat itu, 184 adalah alat berautonomi bererti penumpang hanya perlu memasukkan destinasi dikehendaki dalam aplikasi telefon pintar dan dron itu akan membawanya ke situ. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan