Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Drive Thru Bubur Ayam RKM Sabah

12:04pm 11/06/2016 Leolerry Lajius 33 views Tempatan
 Musliati Moslimin

Musliati Moslimin

Kota Kinabalu :Rakan Kembara Malaysia (RKM) cawangan Sabah akan menyemarakkan lagi bulan Ramadhan melalui penganjuran program pengagihan bubur ayam secara pandu lalu (drive thru) yang akan diadakan pada 18 Jun bermula  sekitar jam 3 petang di 1Borneo Hypermall berhadapan perkarangan Hotel Grand Borneo.

Menurut Naib Pengerusi Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah Musliati Moslimin (gambar), program itu dilaksanakan sebagai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan dalam usaha mendekati masyarakat serta memeriahkan lagi sambutan Ramadhan.

“Ini merupakan program amal yang julung kali diadakan selepas penubuhan RKM Sabah pada Januari tahun lepas 2015. RKM Sabah juga bercadang hendak  menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Musliati, orang ramai boleh mendapatkan bubur ayam tersebut mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di hadapan pintu utama Grand Borneo Hotel pada 18 Jun bersamaan hari Sabtu.

“Pihak RKM Sabah akan menyediakan lebih 500 bungkusan untuk diagih-agihkan. Manakala Grand Bonroe juga turut mengagih-agihkan Bubur Lambuk GBH. Orang ramai dijemput hadir bersama-sama memeriahkan program pada hari itu dan mendapatkan ‘Drive Thru Bubur Ayam RKM Sabah’ untuk berbuka puasa.” katanya.

Bubur ayam adalah juadah istimewa setiap kali menjelang Ramadhan dan sudah pasti pelbagai pihak melaksanakan program sedemikian yang disifatkan sebagai satu amal jariah.

Untuk Program Drive Thru Bubur Ayam ini, Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah akan bekerjasama dengan Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd dan Grand Borneo Hotel untuk  memenuhi tanggungjawab sosial dengan menyediakan bubur ayam untuk diedarkan kepada orang ramai berbuka puasa./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan