Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dram Ringo Starr dijual RM9.2j

SET drum yang dijual
SET drum yang dijual

Los Angeles: Set dram anggota The Beatles, Rango Starr dijual dengan harga £1.46 juta (RM9.2 juta) dalam acara lelongan di Amerika Syarikat (AS).

Dram yang pernah digunakan Starr untuk memainkan lagu hit seperti ‘Can’t Buy Me Love’ dan ‘She Loves You’ itu, dilelong kepada pemilik Indianapolis Colts NFL, jutawan Jim Irsay dalam lelongan untuk mengutip derma di Los Angeles.

Ringo, 75, dan isterinya Barbara Bach, 68, menjual lebih 800 memorabilia di seluruh dunia bagi mengumpul dana untuk Yayasan Kanak-Kanak Lotus milik mereka.

Set dram Ludwig Oyster Black Pearl itu pernah digunakan dalam lebih 200 persembahan pada zaman 1960-an, selepas Starr menjadi pemain drum kumpulan terkenal itu pada 12 Mei 1963.

Irsay, 56, yang sudah memiliki gitar kepunyaan John, Paul dan George, malah kini set drum lengkap, dapat menggabungkan kembali kesemua alat muzik digunakan kumpulan digelar Fab Four itu.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan