Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dragon-i buka cawangan pertama di Sabah

11:41pm 19/02/2016 Leolerry Lajius 247 views Tempatan
Datuk Henry (Dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil hospital mesra bukit padang sambil diperhatikan oleh Datuk Michael (Empat dari kiri).-Gambar Oleh AlexMairin

Datuk Henry (Dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil hospital mesra bukit padang sambil diperhatikan oleh Datuk Michael (Empat dari kiri).-Gambar Oleh AlexMairin

KOTA KINABALU: Menyajikan makanan istimewa dengan menu yang berasal dari Shanghai, Beijing dan Szechuan, Dragon-i Sdn.Bhd membuka satu lagi cawangan restoran mereka yang pertama di Sabah iaitu  terletak di pusat membeli-belah Imago, di sini.

Majlis perasmian restoran tersebut disempurnakan oleh Presiden Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCI) Datuk Michael Lui Yen Sang yang turut dihadiri oleh rakan niaga serta orang ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dragon-i Datuk Henry Yip, cawangan Dragon-i yang dibuka di kompleks beli belah tersebut menyajikan kepada para pengunjung satu suasana yang selesa dan mesra.

“Saya percaya bahawa ia akan menjadi satu berita baik kepada pencinta makanan di sekitar Kota Kinabalu kerana mereka akan dapat menikmati keenakan masakan dari Shanghai yang berkualiti tinggi,” katanya.

Dragon-i yang ditubuhkan sejak tahun 2004 di Malaysia kini mempunyai 25 buah cawangan yang terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Melaka.

Ketika majlis tersebut pihak Dragon-i juga turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Hospital Mesra Bukit Padang dan SJKC Chung Hwa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan