Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dr Pamela lawat bilik gerakan DUN Luyang

Kota Kinabalu : Calon BN DUN Luyang Dr Pamela Yong telah melawat Bilik Gerakan di Taman Stephens Luyang di sini hari ini.

Lawatan beliau telah disambut oleh Naib Ketua bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor yang juga Pengarah kawasan Daerah Mengundi Dun Luyang.

Parlimen Kota Kinabalu meletakkan Calon BN Datuk Joseph Lee Han Kyun (PBS), Dun N.14 Likas; Datuk Chin Su Ying (LDP), DUN N.15 Api-Api ; Datuk Dr Yee Moh Chai (PBS) dan DUN N.16 Luyang ; Dr Pamela Yong (MCA).

DUN Luyang mempunyai 21,852 pengundi dan lapan (8) pusat daerah mengundi.

Sementara itu, Datuk Fatimah Shara berkata jentera Umno Kota Kinabalu akan bekerjasama dengan parti komponen BN (MCA) dalam memastikan BN akan menang pada PRU14 kali ini khusunya Parlimen dan ketiga-tiga DUN di Kota Kinabalu.

Dr Pamela Yong merupakan anak kelahiran Luyang yang juga Ketua Wanita MCA Kota Kinabalu dan pengalamannya sebagai seorang pakar pergigian ortodontik sedikit sebanyak membantu beliau memahami aspirasi rakyat.

Menariknya Dr Pamela juga merupakan anak kepada Ketua Wanita MCA Sabah Datuk Agnes Shim yang kalah di kerusi DUN Luyang pada Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13).

Untuk pilihanraya umum ke 14 kali ini Calon BN DUN Luyang Dr Pamela Yong tiga penjuru iaitu Ginger Phoong Jin Zhe (DAP) dan Gee Tien Siong (SAPP).

Pada pilihanraya umum kali ini, dua (2) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diberikan kepada MCA dalam pilihan raya ini iaitu DUN Kepayan kepada Ketua MCA Bahagian Penampang, Datuk Francis Go dan DUN Luyang Ketua Wanita MCA Kota Kinabalu Dr Pamela Yong.

Hadir sama Pengarah Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, Setiausaha Jamlan Matnin serta jawatakuasa KDM Dun Luyang./SayangSabah

Kenangan….Dr. Pamela (empat dari kiri) dan Fatimah Shara (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama jentera UMNO di Bilik Gerakan Dun Luyang di Taman Stepehen, Luyang.

 

Komen


Berita Berkaitan