Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dr Mahathir terima kunjungan Ahmad Zahid

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuatnaik gambarnya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini. – Foto Ihsan Twitter Zahid Hamidi

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden memuatkan gambarnya bersama Perdana Menteri itu dalam laman Twitter pagi ini.

“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya dalam mesej bersama gambar berkenaan.

Ahmad Zahid adalah pemimpin pembangkang kedua di Semenanjung yang bertemu Dr Mahathir selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa hari lalu. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan