Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dr Mahathir Sekali Lagi Berkongsi Pentas Dengan Pembangkang

9:53am 09/05/2016 Pak Roshan 297 views Mutakhir,Politik

tun-m

GEORGE TOWN – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkongsi pentas dengan pakatan pembangkang apabila hadir menyampaikan syarahan anjuran Penang Institute di Pusat Konvensyen Straits Quay, di sini hari Ahad.

Dr Mahathir ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Pusat Konvensyen Straits Quay pada 4.30 petang dan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta beberapa wakil rakyat DAP dan PKR Pulau Pinang.

Beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Quo Vadis Malaysia? Ke manakah Hala Tuju Malaysia’ selama satu jam di hadapan lebih 1,000 orang.

Pada 9 April lepas, Dr Mahathir menghadiri Malam Anugerah Pembangunan Usahawan Malaysia di sini yang turut dihadiri ketua menteri Pulau Pinang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Dr Mahathir menyifatkan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah hasil daripada pandangan rakyat negeri itu terhadap kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak.

Dr Mahathir dijadual menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 8.45 malam ini yang turut dihadiri Lim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pemimpin pakatan pembangkang. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan