Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dr Haron Din meninggal dunia

11:12am 16/09/2016 Pak Roshan 185 views Mutakhir,Nasional
Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia.

Perkara ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi. “Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.

Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh.

Aameen Ya Rabbal A’lamin.” Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak malam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012.

Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan